Wednesday, July 4, 2012

20 PESIARAN BUKIT KECIL 5,
TAMAN SRI NIBONG,
11900 BAYAN LEPAS,
PULAU PINANG


(GPS COORDINATE: N 5° 20.00' , E 100° 18.20')




RAMBLINGS

Salam. bukan lah untuk mengungkit-ungkit. apa yang dah berlaku biarlah ia berlalu. sudah tentu sesiapa pun kita, di mana kita nak menginap semasa bercuti, tempat penginapan yang kita pilih sudah tentu kita mahukan yang sebaik-baik kemudahan yang disediakan. BAYAR sudah tentu tetapi bukan lah alasan untuk kita 'mengambil' apa2 yang kita suka atau kita memang perlu 'sesuatu' itu maka kita pun 'kena ambil' kemudahan yang disediakan....walaupun sekecil2 barangan yang harganya tidaklah seberapa...tetapi KALAU SENTIASA 'DIAMBIL' agak susahlah untuk menyediakannya lagi..

So apa saja yang disediakan dalam homestay ini adalah untuk kemudahan semua tetamu semasa mereka menginap....

Yang 'telah diambil' - sudu makan dan garfu,ambil satu dua ok lah tapi hampir semua yang disediakan!, cable extension, teh dan gula yang belum dibuka bungkusannya, soket plastik 3-pin yang disediakan untuk mudah cas handfon....yang paling teruk ialah SELONGKAR SETOR...barang2 anak saya yang belajar di USM turut diselongkar dan ketika itu ANAK TUDUNG dalam paper bag (disimpan dulu dalam setor sebelum dipass pada empunya) yang saya belikan untuk diberi kepada seseorang telah diambil....dan barang2 anak saya dalam knapsack bag yang diselongkar dibiarkan bersepah begitu saja......???? MasyaAllah..

September 2012 - Pengurusan homestay menyediakan shower cream bath untuk kemudahan tetamu, tidak sabun ketul.Untuk itu pengurusan membeli 3 unit bekas comel,yang kita boleh tekan picit keluar cream bath tapi malangnya kesemua botol tersebut yang diletak dalam 3 bilik air sudah 'gone missing'. Jadi terpaksa lah guna aje bekas guna semula losyen hand wash yang sedia ada...tetamu yang kemudian2 tu make do je lah dengan kemudahan yang disediakan, ye..bukan kedekut tapi nak p membeli ganti kena ada effort dan masa....so biar dulu. Tapi kalau pikir cara positif kira pengurusan support 'green world', lestari persekitaran??? konsep laa ni kan...ADA LAGI YANG GHAIB kita update kemudian...got to go.

Lagi yang gone missing 2 helai selimut...cantik juga kiranya, selimut Thai made seperti quilt ggitu. Bukan jenis kain towel yang banyak jual di Padang Besaq di Utara, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur di Pantai Timur dan seumpamanya....






UPDATE AND UPGRADE HIASAN DALAM...

 ...sebelum ini tikar benang berwarna biru kelabu. sudah tentu warna sangat tidak sekata dengan warna langsir.ketika itu tiada pilihan beli je apa yang dijual...bila peluang dapat membeli tikar buluh apa lagi warnanya yang lebih harmoni serta designnya berbunga ros samar/pink yang sangat menawan hati.

frame gambar...




Wednesday, February 29, 2012

HOMESTAY UPGRADE



living area.... di ruang ini juga boleh dijadikan tempat tidor, toto disediakan...lebih selesa bawa sendiri bantal dan selimut DAN JANGAN LUPA BAWA BALIK BANTAL DAN SELIMUT YANG DIBAWA.

...langsir baru

langsir baru juga....


double deck di ruang keluarga....meaning there's more sleeping space in the house.


dapur 1 penunu,gas, rice cooker dan jug kettle yang disediakan untuk tetamu guna semasa menginap. Gimana pun sekiranya tetamu ingin membawa sendiri rice cooker yang lebih besar saiznya, periuk kuali yang lebih besar ukuran sesuai dengan bilangan ahli keluarga yang menginap sangat dialukan TETAPI JANGAN LUPA bawa balik semasa check out ye...


mesin basuh pakaian pun disediakan....


laman....

Sunday, February 26, 2012

MODE TEMPAHAN



Salam my blog reader....TEMPAHAN HOMESTAY SECARA PANGGILAN TELEFON SAHAJA pada nombor yang tertera di dalam blog. Blog hanya lah untuk paparan dan rujukan maklumat homestay. Sekian, terima kasih.

Thursday, January 19, 2012

AVAILABLE / NON- AVAILABLE DATE


SEPERTI MODE TEMPAHAN. PREFER PHONE CALL TO CHECK FOR DATE AVAILABLE AND BOOKING.