Wednesday, July 4, 2012

20 PESIARAN BUKIT KECIL 5,
TAMAN SRI NIBONG,
11900 BAYAN LEPAS,
PULAU PINANG


(GPS COORDINATE: N 5° 20.00' , E 100° 18.20')




RAMBLINGS

Salam. bukan lah untuk mengungkit-ungkit. apa yang dah berlaku biarlah ia berlalu. sudah tentu sesiapa pun kita, di mana kita nak menginap semasa bercuti, tempat penginapan yang kita pilih sudah tentu kita mahukan yang sebaik-baik kemudahan yang disediakan. BAYAR sudah tentu tetapi bukan lah alasan untuk kita 'mengambil' apa2 yang kita suka atau kita memang perlu 'sesuatu' itu maka kita pun 'kena ambil' kemudahan yang disediakan....walaupun sekecil2 barangan yang harganya tidaklah seberapa...tetapi KALAU SENTIASA 'DIAMBIL' agak susahlah untuk menyediakannya lagi..

So apa saja yang disediakan dalam homestay ini adalah untuk kemudahan semua tetamu semasa mereka menginap....

Yang 'telah diambil' - sudu makan dan garfu,ambil satu dua ok lah tapi hampir semua yang disediakan!, cable extension, teh dan gula yang belum dibuka bungkusannya, soket plastik 3-pin yang disediakan untuk mudah cas handfon....yang paling teruk ialah SELONGKAR SETOR...barang2 anak saya yang belajar di USM turut diselongkar dan ketika itu ANAK TUDUNG dalam paper bag (disimpan dulu dalam setor sebelum dipass pada empunya) yang saya belikan untuk diberi kepada seseorang telah diambil....dan barang2 anak saya dalam knapsack bag yang diselongkar dibiarkan bersepah begitu saja......???? MasyaAllah..

September 2012 - Pengurusan homestay menyediakan shower cream bath untuk kemudahan tetamu, tidak sabun ketul.Untuk itu pengurusan membeli 3 unit bekas comel,yang kita boleh tekan picit keluar cream bath tapi malangnya kesemua botol tersebut yang diletak dalam 3 bilik air sudah 'gone missing'. Jadi terpaksa lah guna aje bekas guna semula losyen hand wash yang sedia ada...tetamu yang kemudian2 tu make do je lah dengan kemudahan yang disediakan, ye..bukan kedekut tapi nak p membeli ganti kena ada effort dan masa....so biar dulu. Tapi kalau pikir cara positif kira pengurusan support 'green world', lestari persekitaran??? konsep laa ni kan...ADA LAGI YANG GHAIB kita update kemudian...got to go.

Lagi yang gone missing 2 helai selimut...cantik juga kiranya, selimut Thai made seperti quilt ggitu. Bukan jenis kain towel yang banyak jual di Padang Besaq di Utara, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur di Pantai Timur dan seumpamanya....






UPDATE AND UPGRADE HIASAN DALAM...

 ...sebelum ini tikar benang berwarna biru kelabu. sudah tentu warna sangat tidak sekata dengan warna langsir.ketika itu tiada pilihan beli je apa yang dijual...bila peluang dapat membeli tikar buluh apa lagi warnanya yang lebih harmoni serta designnya berbunga ros samar/pink yang sangat menawan hati.

frame gambar...




Wednesday, February 29, 2012

HOMESTAY UPGRADE



living area.... di ruang ini juga boleh dijadikan tempat tidor, toto disediakan...lebih selesa bawa sendiri bantal dan selimut DAN JANGAN LUPA BAWA BALIK BANTAL DAN SELIMUT YANG DIBAWA.

...langsir baru

langsir baru juga....


double deck di ruang keluarga....meaning there's more sleeping space in the house.


dapur 1 penunu,gas, rice cooker dan jug kettle yang disediakan untuk tetamu guna semasa menginap. Gimana pun sekiranya tetamu ingin membawa sendiri rice cooker yang lebih besar saiznya, periuk kuali yang lebih besar ukuran sesuai dengan bilangan ahli keluarga yang menginap sangat dialukan TETAPI JANGAN LUPA bawa balik semasa check out ye...


mesin basuh pakaian pun disediakan....


laman....

Sunday, February 26, 2012

MODE TEMPAHAN



Salam my blog reader....TEMPAHAN HOMESTAY SECARA PANGGILAN TELEFON SAHAJA pada nombor yang tertera di dalam blog. Blog hanya lah untuk paparan dan rujukan maklumat homestay. Sekian, terima kasih.

Thursday, January 19, 2012

AVAILABLE / NON- AVAILABLE DATE


SEPERTI MODE TEMPAHAN. PREFER PHONE CALL TO CHECK FOR DATE AVAILABLE AND BOOKING.

Wednesday, April 20, 2011

SELAMAT MENGINAP di ZzamBigfamily



Peta Jalan ke ZzamBF


PETA DARI GOOGLE EARTH



SEKIRANYA ANDA MEMILIH BERCUTI DI PULAU PINANG DAN MEMILIH UNTUK HOMESTAY/

IF YOU CHOOSE PENANG FOR YOUR HOLIDAYS AND HOME STAYED

DO NOT HESITATE TO CALL/ HUBUNGI: ZAWIAH PUTEH @ 012 477 0852 / AFIQ ZAME @ 011 2645 5788 / 017 456 2653 FOR BOOKING / TEMPAHAN

ZzamBigfamily Guest House/Home Stay di alamat/ at this address:

20 PESIARAN BUKIT KECIL 5
TAMAN SRI NIBONG
11900 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG


HANYA MENERIMA TETAMU BERKELUARGA DAN KUMPULAN PEREMPUAN DEWASA SAHAJA.


( Pihak homestay sering mendapat panggilan dari anak-anak remaja lelaki/perempuan untuk menginap dalam kumpulan yang besar dan datang secara berkonvoi motorsikal. Malah pernah berpengalaman pahit sekali pada awal mengusaha homestay menerima kumpulan ini (unexpected) .. menginap bercampur lelaki perempuan. Pihak saya tidak dapat menerima keadaan ini dan tidak mahu menggalakkan apa-apa yang melanggar hukum syarak )



PIHAK HOMESTAY BERHAK MEMBATALKAN PENGINAPAN SERTA DEPOSIT TIDAK  DIPULANGKAN SEKIRA KEDATANGAN TETAMU ADALAH SELAIN DARI KUMPULAN YANG DINYATAKAN.
----------------------------------------------------------------------------------

D I S K R I P S I   H O M E S T A Y

(RUMAH TERES DUA TINGKAT/DOUBLE STOREY TERRACE HOUSE)

Tingkat Atas: 1 Bilik Tidur Utama (lengkap kipas siling & penghawa dingin) serta Bilik Air Berkembar , 2 Bilik Tidur (lengkap kipas siling) Berkongsi Bilik Air dan Ruang Tidur di Ruang Keluarga (lengkap stand fan)

(Upstairs: 1 Master Bedroom (A/Cond + ceiling fan) with attached Bathroom, 2 Bedrooms (with ceiling fan fixed)) with A Sharing Bathroom and an open sleeping space in a Family
Area,with stand fan provided)


Tingkat Bawah: 1 Bilik Tidur (lengkap kipas siling) dan Bilik Air Berkembar

(Downstairs: 1 Bedroom,with ceiling fan fixed and attached Bathroom)




@UPSTAIRS: BILIK TIDUR UTAMA / MASTER BEDROOM

.....dari sudut berbeza/ from a different angle

Queen-size bed

BILIK AIR BERKEMBAR DALAM BILIK TIDUR UTAMA
(B
athroom attached to the master bedroom)
@UPSTAIRS:Bilik Tidur/ Katil 2 Tingkat @ Bedroom with double deck

Bilik Air Berkembar berkongsi/ Sharing Bathroom
...... dari sudut berbeza/different angle view

@ UPSTAIRS: Bilik Tidur/Katil 2 Tingkat @ Bedroom with double deck
Bilik Air berkongsi bagi 2 bilik tidur di tingkat atas

@DOWNSTAIRS/TINGKAT BAWAH: Bilik Air berkembar Bilik Tidur

@DOWNSTAIRS: Bedroom with queen size bed/ Bilik Tidur dengan katil saiz queen di tingkat bawah




@UPSTAIRS/TINGKAT ATAS: Katil 2 tingkat di ruang keluarga/ Double deck in a Family Area



Disediakan tilam/toto/duvet bagi tetamu yang membawa ramai ahli keluarga. Namun dinasihatkan tetamu membawa sendiri selimut dan bantal kerana selimut dan bantal lebihan tidak disediakan./ No extra blankets and pillows provided

Tangga menaiki bahagian atas rumah

Ruang makan dan ruang tamu dari sudut berbeza. Dilengkapi dengan perabut display television dan 3 seater sofa juga kusyen2 kecil.

Living and dining area from different angle

Peti sejuk 1 pintu disediakan di ruang dapur

Ruang Dapur

KEMUDAHAN DI DAPUR:

(1) Dapur 1 penunu dan gas (Single stove gas cooker).

(2) Jug Memasak Air Elektrik ( Electric Jug Kettle)

(3) Rice Cooker (saiz kecil).

(4) Peralatan memasak (Cooking untensils) - sebiji periuk, kuali.

(5) pinggan mangkuk, gelas minum plastik, teko bancuh minuman, sudu besar & kecil, senduk sudip dan pisau.

( Bahan2 memasak perlu disediakan sendiri oleh tetamu jika ingin memasak)


SEBAGAI KOMPLIMEN PADA TETAMU YANG MENGINAP TEH DAN GULA DISEDIAKAN.



KEMUDAHAN LAIN:

1) Mesin Basuh (Washing Machine)

2) Seterika (Iron)

3) TV siaran ASTRO



.....dari sudut berbeza.


Ruang tamu dan ruang makan yang luas di bahagian bawah
(A spacious living and dining area, downstairs)


KETERANGAN LANJUT PENGINAPAN Zzam Big Family (ZzBF)

KADAR (Rate): RM 350 /rumah/malam (per house/ night)

(Jika ingin menginap lebih dari satu malam kadar diskaun boleh dirunding. Maksimum penginapan dibenarkan ialah 8 hari 7 malam.)

Pihak pengurusan homestay tidak menerima tempahan penginapan jangka panjang- dari tempoh 2 minggu dan seterusnya. JUGA tetamu yang datang dengan bas full load.


Penginapan ZzBF sangat sesuai untuk mereka yang bercuti dengan keluarga yang

besar, sama ada untuk rombongan perkahwinan, menghadiri majlis konvokesyen

USM atau Institut Pendidikan Perguruan Pulau Pinang atau bercuti santai ke

Pulau Pinang. Juga sesuai bagi lawatan ke Pulau Pinang dalam kumpulan kecil

antara 15 - 20 orang dari institusi/universiti/kolej/sekolah/organisasi tertentu.



Bagi Penangites (bermastautin di luar Penang) yang sudah tiada orang tua dan rumah agam, tapi hanya ada adik-beradik dan saudara mara sahaja, ingin pulang beraya atau balik kenduri di kampung tapi tiada ruang tempat tinggal di rumah adik-beradik, ZzamBF adalah penyelesaiannya..

Mereka yang hendak menghantar anak2/adik2 pendaftaran masuk USM/IPPPP...sambil cuti-cuti Malaysia di Penang, pilih ZzamBF untuk menginap.


LOKASI ZzBF:

Rumah teres 2 tingkat di dalam taman perumahan yang dikenali TAMAN SRI NIBONG (TSN) yang terletak di Mukim Sg Nibong, Pulau Pinang. Taman ini selari dengan Lebuhraya Persisiran Pantai Bayan Lepas. Mall dan hypermart yang berjiran dengan taman perumahan ini ialah QUEENSBAY MALL, TESCO JELUTONG, TESCO EXTRA SG DUA, BUKIT JAMBUL COMPLEX, dan yang berhampiran ialah GIANT. Juga berdekatan dengan PANTAI MEDICAL CENTER.

TSN juga berjiran dengan taman perumahan di kawasan PANTAI JERJAK, di Jalan Aziz Ibrahim..di mana pada setiap hari Rabu adalah hari pasar malam di kawasan ini.

Ke USM dari TSN cuma 10 minit juga...ke IPPPP 20 minit.

PULAU PINANG yang terkenal dengan NASI KANDAR....antara yang berhampiran dengan TSN ialah restoran KAYU NASI KANDAR, KHALEEL, PELITA Sg Dua, SUBAIDAH Sg Dua, juga MAKBUL dan ZAMRUUD di kawasan Kompleks Bukit Jambul.

TEMPAT BERSARAPAN...yang berhampiran dengan TSN ialah di MEDAN SURI, sebelah MASJID SG NIBONG.. di sini juga menyediakan makan tengahari dan minum petang. Sesiapa yang gemar Pasembur dan mee mamak di sini lah tempatnya. Juga 'ayaq nyok sirap'....

Kedudukan TSN juga berhampiran dengan Terminal Bus Ekspres Sg Nibong dan '15 minutes drives' ke LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG.


TEMPAHAN (Reservation):
Pengesahan tempahan dijamin dengan pendepositan sebanyak 1/3 dari kadar penginapan. Deposit boleh dimasukan ke dalam Bank2 berikut:CIMB no akaun: 0709-0011472-52-8. BSN no akaun:07104-29-00001526-1 & MAYBANK no akaun: 107152117978. Sila SMS untuk pengesahan kemasukan deposit.

Bagi mereka yang telah menelefon untuk membuat tempahan tetapi tidak membuat bayaran deposit seperti yang dijanjikan (tidak memaklum pembatalan), dianggap sebagai tidak membuat tempahan dan tarikh tempahan akan dibuka untuk tempahan lain.

 

POLISI PEMBATALAN TEMPAHAN:


1. Sila maklum jika ingin membatalkan tempahan.

2. Deposit tidak akan dikembalikan jika tidak hadir pada hari sepatutnya penginapan.

3. Pembatalan pada hari penginapan akan dikenakan caj pada kadar satu malam.

4. Deposit penuh dikembalikan atas pembatalan tempahan sekiranya dibuat 10 hari dari tarikh penginapan.

5. Sekiranya notis pembatalan tempahan dibuat kurang dari 10 hari, hanya 50% amaun deposit dikembalikan

BAYARAN

Baki bayaran perlu dijelaskan sewaktu check in / & menerima kunci homestay


PERKHIDMATAN

KEISTIMEWAAN ZzamBF: 'NO CHECK IN / NO CHECK OUT TIME' APPLY DALAM SITUASI BERIKUT:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[1] BOLEH MASUK BILA
SAHAJA ANDA TIBA DI PULAU PINANG SEKIRANYA TIADA PENGINAPAN PADA HARI ANDA CHECK IN. 

[2] MOHON KELUAR LEWAT: SEKIRANYA TIADA CHECK IN BARU PADA HARI ANDA SEPATUTNYA CHECK OUT.



 [3] DALAM KEADAAN TEMPAHAN HOMESTAY PENUH TERUTAMA PADA MUSIM CUTI SEKOLAH, CUTI UMUM DAN PADA BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER MASA CHECK IN ADALAH MULAI JAM 2:30 PETANG DAN CHECK OUT PADA JAM SELEWATNYA 1:30 PETANG

Housekeeping bagi ZzBF adalah sangat penting untuk sesebuah rumah penginapan. Maka tetamu dijamin penggunaan cadar,sarung bantal dan selimut yang bersih. Begitu juga kebersihan setiap ruang dalam rumah.

SEMOGA ANDA GEMBIRA DAN BERPUAS HATI MENGINAP DI ZzamBF. TERIMA KASIH DAN DOA SALAM SEJAHTERA DARI KAMI


EXTRA INFO: ORANGE GUEST HOUSE,KG PINTU GENG,KOTA BHARU,KELANTAN (berdekatan Pasar borong WAKAF CHE YEH) : Contact Awi @ 012 900 7629


SEBARANG PERUBAHAN MAKLUMAT AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.